Pages

Friday 11 May 2018

Dream Comes True !!

Hidup dalam serba sederhana, itulah gaya hidup kami sekeluarga. Menunggu hari ayah dapat gaji bulanan tu perit kami sekeluarga ja yang tanggung, sebab ayah sorang ja yang kerja, mak suri rumah sejak melahirkan aku. Apa yang kami makan sementara nak tunggu gaji ayah masuk? Nasi putih + papadom / telur dadar + kicap. Itulah realiti kehidupan yang mana hampa mungkin nampak kami sekeluarga hidup senang sebab kami hidup tak kacau duit poket orang lain. Tapi betul lah kata pepatah 'bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian'. Alhamdulillah dalam ayah cakap ayah takdak duit tu aku tau sebenarnya ayah ada simpan duit untuk kegunaan masa depan. Right after ayah pencen which is you guys know la kan kalau pencen kerajaan ni macam mana kiraan dia yang boleh dapat once pencen tu ha. Plus ayah dah lama berkhidmat dalam sektor kerajaan. So you guys know laa how much it is. Okay dipendekkan cerita, ayah habaq hasrat ayah selama ni. Ayah simpan duit sikit2 untuk bawak kami satu family (6 orang) p buat umrah sama2. I cried guys. It was my dream to be there and it become true. Thanks to Allah that mak ayah masih lagi panjang umur and sempat merasa p umrah semua sekali. Aku takdak impian yang cukup besar untuk lawan dengan impian orang lain. Aku cuma nak tengok family aku bersatu dan bahagia, that's it. Okay sikit2 jadi lah pasal hal peribadi aku. Ni aku nak cerita pulak pasal pengalaman dekat madinah dengan mekah.

3 hari di Madinah.
Ini kali pertama aku naik flight yang lebih dari sejam lamanya (sebab flight klia-aor sejam ja gais). Debar? Aaaaa tentu sekali hahahaha. Dalam hati mengucap berzikir apa semua lah bukan sebab gayat (yes aku memang ada phobia dengan ketinggian sebab tu sampai sekarang aku tak tinggi haha) tapi sebab aku ni paranoid la jugak haha macam2 dalam fikiran aku tapi alhamdulillah selamat mendarat di Madinah. Hotel kat sana masha Allah mewah gila nak habaq bagi woi. Daripada pengangkutan, bilik, servis, makan haa semua lah aku bagi 6 bintang lah. Memang tip top ! Nama hotel tu HOTEL DALLAH TAIBAH. Okay ni aku selit la sikit gambaq yang dan aku ambik kat Madinah. Sorry I'm not a professional photographer so gambaq tak lawo.

Ni masa duduk kat lobby hotel





Masjid Nabawi (which is tak jauh pun dari hotel yang aku duduk tu haa jalan kaki sat ja boleh sampai)

Pakai mask sebab tak sihat and tak larat nak senyum kat orang masatu hmm



Jabal Rahmah dekat belakang tu
Rehat sat noh

Packaging dia ja lain noh rasa still sama haha

Check out before going to Mekah.


6 hari di Mekah.
Maka bermula lah segala dugaan di mana Allah nak tengok sejauh mana kita sebagai hambanya yang dipanggil menjadi tetamunya. Aku hampir hilang sabar tapi bila muhasabah diri balik aku sedaq aku punya dugaan dengan orang lain punya dugaan level dia lain weh serious talk lain. Aku memang jadi ulser dalam mulut sehari sebelum sampai madinah lagi and sakit tu still tak lega sampai seminggu tu aku hilang selera makan (orang semua tegoq 'eh makan sikit ni diet ka' omg iolls lapaq gais tapi tak boleh nak kunyah tu parah gais). Okay tu salah satu dugaan yang aku dapat and then satu badan aku jadi merah2 gatai2 gais ya Rabb perasaan masatu dah memang orang tak waras weh aku punya cepat melenting time tu kalau orang buat salah sikit tu ha padahai aku gatai satu badan ja kowt. Nak jadikan cerita lagi, ada satu hari tu masa tengah tawaf aku nampak sorang mat saleh ni badan dia punya merah2 tu lagi teruk pada aku weh sampai mengelupas teruk, masatu aku sedaq aku syukur sebab taklah jadi seteruk dia (hm hampir lari niat dah masa tawaf haha jangan jadikan contoh pls gais jaga niat sepanjang tawaf kalau dak sia2 laa tawaf tapi tak sah). Oh ya aku pun demam masa kat Mekah, in fact aku memang pesyen on off pun demam haha kalau siang dok gelak elok malam lembik tu benda besa ja. Banyak kan dugaan? But alhamdulillah I managed to survive. Aku mintak maaf kalau gambaq kat Mekah tak banyak walaupun banyak hari dok kat sana sebab aku selalu tinggai fon dekat hotel. Eh aku lupa cerita pasai hotel kat Mekah haha sebab apa nak tau dak? Sebab keadaan dia macam langit dengan bumi lah kalau beza dengan hotel kat Madinah haa tu satu lagu dugaan pertama masa jejak ja kaki kat Mekah. Hotel tu tak jauh sangat pun dari Masjidil Haram, nama hotel tu Hotel Maqam.

Menara jam

Menara jam waktu malam haha aku tak pandai snap

Mana aku? Aku la photographer tak bergaji kat sana haha
Mana adik ? Mana ayah ?
Last but not least aku payung gambaq kaabah. Ni aku yang snap hokayy bukan curi kat tenet macam hampa buat tu.

Lesson.
Aku bersyukur bukan setakat dapat ujian dekat sana tapi aku dikelilingi orang2 yang sentiasa bagi kata semangat dekat aku. Masa sebelum berangkat p Mekah tu, ada sorang akak ni sembang dengan aku sementara tunggu bas kami sampai. Dia kerja dekat Maybank, dulu study Communication jugak (yes aku study majoring in Communication). Dia pesan study elok2 dapat pointer elok stop ambik pt apply la scholarship Maybank nanti boleh dapat kerja macam dia. Pastu mak mentua dia lak sokong pastu ada laa dia tambah bisik kat aku sikit (kalau kerja dekat Maybank best ! Ramai lelaki hensem. Amboi amboi amboi amboi amboi amboi hahahahaha). Okay another one ni sorang laki, dia bagi nasihat masatu ada baki lagi dua hari kat Mekah. Dia kerja TNB, hmm good looking jugak laa, tall gittuw haha. Mula tu dia tanya study mana course apa (of course awak hensem ok tak gurau je). Pastu dia pesan suruh study rajin2 sebab sekarang saingan nak dapat kerja tu haa. See? Despite of all the difficulties, Allah do has something for you. Aku ada di kalangan orang2 yang sangat supportive, open minded.

Okay banyak sangat aku terlupa nak cerita sebenarnya. Kami p dengan Rayhar Travel Agency. Servis tip top weh masa first time nak tawaf sa'i apa semua depa lead lengkap dengan peralatan nak bagi kami dengaq apa semua. In fact, masa ziarah kat Madinah pun best dengaq ustaz tu cerita sejarah semua tempat. Sangat recommended laa dengan agency ni haa. Kalau ada nak tanya apa2 pasai perjalanan sepanjang p sana or anything related to this post, just ask okay in sha Allah aku reply sebaik mungkin.

Thursday 15 February 2018

Pengajaran Buat Semua

Assalamualaikum semua. Sorry lah aku dah lama tak update blog. Busy dengan kehidupan hmm. Okay dak dak haha aku nak ceghita kat hanpa tapi takdak ceghita best so yeah. Post kalini aku nak ceghita pasai family aku yang mana boleh bagi pengajaran untuk hangpa semua.

Dua hari lepaih, aku call mak aku pastu macam selalu lah aku kalau call akan tanya "mak buat apa tu" and then mak aku pun jawab lah "ni mak dengan ayah kat stadium tengok adik adik ada hari sukan". Zappppp aku tersentak weh tetiba aku yang dok senyum sengeh masa on the phone tu boleh rasa macam nak qeyau ;( and what I was thinking at that time 'oh how you guys should be grateful'. Nak tau kenapa aku cakap depa tu sepatutnya bersyukur? (by the way aku lupa nak habaq adik kecik aku dah form 1 and he is currently further his study in the same school with his sister) Sebab ayah dah pencen so that ayah ada banyak masa untuk depa. Mak pun dah boleh rehat sikit dah takyah nak terkejan kejan p smad pastu p srida. And I admit that I'm jealous with them :( Tapi salah aku jugak lah bila aku pikiaq balik. Apa salah aku hangpa tanya?

Salah aku satu ja. Disebabkan yang satu ni lah susah aku nak dapat balik apa yang aku ada dulu. Aku seorang pelajar yang ada masalah disiplin dekat sekolah dulu and of course because I'm a GIRL with problems. Ramai orang kenai ayah dekat sekolah dulu so ayah jadi malu nak tunjuk muka dah dekat sekolah tu. Semuanya sebab salah yang aku dah buat. Aku masih ingat masa aku ambik result UPSR, ayah sanggup p sekolah lambat sebab nak tengok aku ambik result. Tapi masa aku ambik result PMR dengan SPM, he wasn't there for me :( Of course he can feel that I'm not gonna make him proud, a proud father. In fact, masa ambik result PMR kakchaq dulu pun kami satu family p sekolah dia weh tapi masa ambik result aku? Only mom and me :( Until now that scar is still there. I'm not saying that I'm holding a grudge against my dad but I'm feeling that I'm too dumb for doing all those stupid things and make my dad embarrass to show up at my school. You know when you break someone's trust and it will never be the same as before.

Aku nak ja ceghita semua ni dekat adik kecik aku tu sebab aku dok nampak gaya dia macam ikut perangai aku sikit la. Rebel tahap extreme. Tapi aku sedaq aku cuma akan buat dia hilang percaya dekat aku. Pada dia, aku lah idola dia. Sebab apa? He doesn't even know my struggle when I was in high school. Aku masuk SMKAK and then UIA. Of course he saw me as a good person and in fact dia tak dengaq cakap orang lain unless cakap aku. Aku rasa terbeban sangat at first ya lah aku rasa macam hipokrit weh bila aku nasihat dia aku rasa dalam hati ni macam 'ya Allah aku dulu buat jugak benda laguni tapi ni aku maqah adik aku yang nak buat perkara sama, betapa hipokrit nya aku'.

Okay the conclusion is hangpa kalau nak buat apa apa perkara yang akan menjatuhkan maruah mak ayah hangpa tu tolong lah tolong sangat sangat pikiaq panjang panjang pikiaq habeh habeh apa yang akan jadi kalau hangpa proceed jugak buat perkara tu. ONCE YOU BREAK THE TRUST, IT WILL NEVER REMAIN THE SAME.

Tuesday 5 April 2016

not a happy ending

everything that start with happy doesnt guaranty a happy ending..yes thats so true !!

aku dapat satu tawaran yang memang aku nantikan selama ni..tapi silap aku satu ja sebab aku x mintak izin parents aku masa aku nak apply..im so selfish at that time..apa yang aku fikir masatu cuma lah aku nak kejar cita² aku yang aku tanam dalam diri aku sejak aku kecik lagi..tapi cita² aku tu xdapat persetujuan keizinan drpd parents aku..apa perasaan aku ? of course aku sedih kecewa terkilan..apa aku buat ? pasrah and belajar untuk redho..yaaa untuk berpasrah memang senang but untuk redho dengan apa yang terjadi memang susah..tipu lah kalau aku cakap aku tak nangis..lama jugak aku nangis lepas otp dengan ayah aku..sampai sekarang aku still tak paham kenapa ayah macam tak suka aku apply ipg..apa salah nya aku nak jadi seorang guru macam ayah aku ? bagi aku tugas seorang guru sangat mulia..huwaaaa aku tak leyh move on lagi tapi aku kena move on jugak..

so pengajaran untuk semua..jangan belakangkan parents in every single thing that u do..if not u will get the kaffarah ☝

Tuesday 15 March 2016

new version maybe

niat nak bequbah jadi lebih baik. sapa ja xdak niat lagutu wehhh ? yes i made it before ! but i want to be new version once again so that i can be tough enough to handle my life. nadiah yang dulu yang kuat yang jenis tak kisah apa oqang kata kat dia yang innocent walaupown kena fitnah sampai takdak kawan. mana nadiah tu ? aku nak nadiah tu 😔 kenapa nadiah yang sekarang mudah melenting mudah kecewa mudah jatuh sayang jatuh suka mudah mengalirkan ayaq mata 😣

aku buat satu² keputusan tu mesti ada sebab. mustahil sangat lah aku buat keputusan tanpa sebab. okeyyy aku ada latest story nak share kat sini. baqu² ni aku ada join debate. qamai oqang tanya kenapa aku join padahal aku xdak basic debate langsung. emm banyak sebab sebenaqnya. mehh nak ceghita sebab² aku ehh. aku ni kuqang keyakinan bila cakap depan oqang qamai n for sure i need to overcome it. then aku ni tak banyak membaca so aku qasa dengan aku join debate ni aku akan jadi lebih qajen membaca *in sha Allah. fyi uia kan memang feymes dengan debate so y not i try it rite. n aku nak belajaq urus masa aku dengan packed schedule sebab takut nanti aku kena culture shock masa masuk main camp huhu. last but not least i want to fill my time so that i dont have time to waste with the 'lagha' things.

I WANT A NEW VERSION ME !!!!!!!

Thursday 14 January 2016

if u r a true friend

aku tak nafikan semua oqang ada kawan kan sepanjang dia hidup kat dunia ni..tapi beqapa qamai kawan yang makan kawan haaaa habaq maii..qamai gila kan..cemana nak kenai kawan kita tu jenis makan kawan ka kawan sejati ??

KAWAN MAKAN KAWAN :
✘mostly dia akan caqi excuse even one excuse not to help us
✘bila kita tengah berjimba dia selalu ja ada tapi lesap bila kita perlukan pertolongan seoqang kawan
✘dia akan caqi interest when he/she to be friend dengan kita
✘suka kutuk pasai kawan dia yang lain depan kita

TRUE FRIEND :
✔sudi dengaq masalah kita walaupun masatu dia tengah ada masalah dia sendiri
✔dia tak kisah nak tolong kita walaupun terpaksa berkorban macam² termasuklah hilang kepercayaan daqi seseorg yg dia sangat hormat
✔berkawan dengan ikhlas (well ikhlas tu sangat lah subjektif) tanpa memikirkan interest yang dia akan dapat bila dia kawan dengan kita

now u'll know whos your true friend 😏 kalau aku lah kan aku tak kisah pown sapa nak maiii kawan dengan aku..well trademark aku kan CENNA TAKPA 💁 then who cares haha..hang qasa aku annoy so sila angkat kaki kalau hang nak..sekian

ps: dedicated khas buat semua kawan yang ada kawan

Saturday 9 January 2016

another failure keeps me strong

aku sedih. aku kecewa. aku down. aku tak salah kan takdir kenapa semua ni jadi. ada sebab lah kenapa semua ni jadi kat aku. i need to be strong 💪 thts all.

aku tak sanggop tengok muka kecewa ayah. aku tak beqani nak berdepan ngan ayah kalau dengan result aku yg buat dia qasa kecewa sangat dengan aku. dah dua sem tapi pointer aku still macam tu. whats wrong ? aku study main² ? NOPE ! aku dah struggle lebih daqi sem 1 qitue but still its same.

aku tak salahkan sapasapa dengan kegagalan yg aku dapat ni. aku ja yg terlalu leka. kadang tu kurang fokus dalam kelas. kalau study hard pown tapi still maceni hmm aku taktaw nak buat apa lagi dah.

ya. aku akui betoi apa oqang kata. GAGAL ITU SYARAT UNTUK BERJAYA. stiap oqang yg berjaya tu penah qasa peqitnya gagal. aku dah penat teqiak memalam sampai telena sebab aku takdak bahu untuk berkongsi story ni. but still aku ada tempat untuk bersujud. HEAD UP ! SMILE 😊 MOVE ON !!! 💪💪

Monday 7 December 2015

step to remove shortcut virus in your pendrive

step 1
tekan "windows + R" serentak nanti akan keluar "RUN" dan taip "cmd" pada kolum "open" dan enter.
@ buka "cmd" pada Windows > All Program > Accessories > Command Promph.

step 2
lepas buka "cmd" anda perlu pilih drive mana yg nak direpair, cth saya ambik drive E sbb pendrive saya berada di drive E. anda perlu taip "E:"

step 3
kemudian enter, akan keluar "E:\>"

step 4
kemudian anda perlu taip "attrib-s-h*.*/s/d" dan enter.

step 5
tunggu sehingga keluar balik "F:\>"

step 6
apabila perkataan "F:\>" keluar, bermakna anda telah berjaya *yeayyyy 🎊🎉🎊🎉

step 7
lastly, anda sudah boleh buka file dlm pendrive anda tadi, akan muncul semula kesemua file yg terhilang/terhide disbbkn virus.

p/s : just sharing. semoga bermanfaat ☺ n selamat mencuba 💪